Blogger Layouts

penatian sebuah penantian

pada malam yang indah,
bila cahaya bulan menerangi bumi,
disaat itu diri ini akan menunggu mu,
seperti yang dijanji kan.
diri ini tetap menunggu,
walaupun diri ini sudah tahu diri mu tidak akan hadir pada
malam itu tapi diri ini tetap menunggu,
tatkala malam itu, diri ini menangis kerana diri mu masih tidak hadir!
Sudah lama ku menuggu
akhir nya,
Diri ini mendengar khabar,
Yang diri mu telah lama meninggalkan diri ini,
Tanpa sebarang kata,
Diri mu telah meninggalkan ku,
Hati ini amat terluka,
Hati ini amat terguris,
Dirimu telah memungkiri janji kita,
Tatkala itu diri ini nekad tak akan menunggu diri mu lagi,
Tapi kenapa diri mu muncul tatkala hati ini telah gembira
Tatkala hati ini sedang bahagia
Kenapa kau masih muncul !
Kenapa kau harus kembali!
Kenapa kau buat diri ini terluka lagi!
Selepas kau meninggal kan aku,
aku sentiasa cuba untuk berdiri semula,
Tapi bila diri mu kembali
Diri mu seolah-olah membuat aku jatuh semula,
Pernah kah engkau terfikir akan perasaan ku,
Sejauh mana aku melarikan diri dari bertemu dengan mu,
Sejauh itu engkau mengejar ku,
Kenapa engkau masih mengungkit kisah lama kita!
Dan membuat aku terus menangis!
Di Saat bulan penuh
Aku akan pergi tempat kita,
Disaat itu aku terlihat kau melihat keindahan cahaya bulan,
Dan memanggil ku,
Tapi aku mengendahkan dan melarikan diri dari situ
Tapi engkau menghalang dan bertanya kepada ku kenapa tidak menghalangnya,
Aku berasa pelik dan bertanya pada nya,
Rupa-rupanya! Engkau bukan pergi tanpa kata ,Cuma surat
yang sepatut nya diri ini terima untuk menghalang mu,
Tidak diterima oleh aku,
Aku amat gembira kerana segala pertanyaan  ku telah terjawab,
rupa-rupanya bukan salah nya!
Aku benar-benar bersalah pada nya,
tatkala dibawah keindahan cahaya bulan
kita akan bersama selamanya,
indah nya cahaya bulan,
tapi lagi indah diri mu disamping ku,
kita bersama semula di bawah cahaya bulan,
seperti pertama kali kita bertemu di bawah cahaya bulan.
penantian ku tidak sia-sia,
berada disamping mu adalah kebahagiaan ku!
~fikha~

0 comments:

Post a Comment

dah baca??
haha,, kalau da baca
sila lah comment!

my song

div style="text-align: center;">

so cute!!

MyEm0.Com

get this widget here